Menyewa atau Membeli Rumah Lebih Baik Untuk Anda?

Menyewa atau Membeli

Keputusan menyewa atau membeli rumah ni selalu ada dilema. Patut ke beli atau sewa rumah lebih baik? Bukan semua orang berkemampuan untuk memiliki rumah pada usia yang sangat muda. Oleh itu, menyewa adalah satu jalan terbaik yang mereka ada sebagai tempat berlindung.

Bagi mereka yang berkemampuan pula, tidak semestinya menyewa adalah satu keputusan yang kurang bijak. Terdapat beberapa keadaan dimana menyewa dapat dilihat sebagai satu keputusan yang baik berbanding membeli rumah sendiri.

Kami ingin kongsikan beberapa faktor yang perlu anda lihat sebelum membuat keputusan untuk menyewa atau beli rumah.

1) Bila Harga Rumah Terlalu Mahal Berbanding Kadar Sewa


Menyewa atau Membeli

Dalam pasaran sekarang, harga hartanah memang tinggi. Nak beli pangsapuri kos sederhana sekitar RM250,000. Kondominium lebih RM350,000. Manakala rumah teres dua tingkat tak usah cakaplah.Katakanlah beli rumah teres berharga RM500,000. Anda tahu berapa bayaran bulanan? Sekitar RM2,500. Untuk sesetengah kita yang muda mungkin menggeletar lutut nak bayar amaun tu. Ini pun kita belum kira lagi kos-kos sampingan. Oleh itu, menyewa lebih menjimatkan anda.

2) Harga Hartanah Tak Stabil

Menyewa atau membeli

Antara sebab kita membeli rumah kerana kita nak pastikan kita beli pada harga yang berpatutan. Kita bimbang jika tunggu, tahun depan harga makin meningkat. Rumah RM500,000 dalam contoh di atas mungkin dah naik ke RM550,000 tahun berikutnya. Dalam senario ni, berbaloi rugi RM1000 sebulan beli rumah berbanding sewa.

Namun kebelakangan ini harga hartanah tak berapa nak stabil. Bahkan banyak tempat jatuh harga.  Ini disebabkan tawaran lebih dari permintaan. Rumah yang anda beli RM500,000 tu mungkin tak naik harga pun. Bahkan harganya boleh jadi berkurang. Dalam situasi begini sewa rumah lebih berbaloi.

 

Sewa atau Beli
Rentguard System – free up your time

3) Bayaran sewa lebih murah dari bayaran kepada bank

 

Menyewa atau Membeli

Jika anda lebih minat untuk menetap di rumah teres, bayaran bulanan rumah teres lebih mahal berbanding menyewa. Kebanyakan rumah teres di kawasan bandar adalah rumah yang telah siap beberapa tahun dahulu ketika harganya masih murah.

Oleh itu, tuan rumah tidak mempunyai masalah untuk memberi kadar sewa yang rendah. Namun perlu diingat bahawa jika anda menyewa, anda terpaksa membayar rumah orang lain. Manakala jika anda bayar kepada pihak bank walaupun sedikit mahal, anda sebenarnya bayar untuk aset anda sendiri.

4) Kesimpulan

Secara keseluruhan,menyewa atau membeli rumah bergantung kepada kemampuan anda. Sekiranya anda tidak berkemampuan, menyewa ialah pilihan yang bernas.

90% Pembaca akan sambung membaca :
https://www.rentguard.com.my/blog/?p=5231

Source : duitkertas.com , arifhussin.com

(Visited 5 times, 1 visits today)