6 Tips Wajib Tahu Sebelum Menyewa Rumah Pertama

menyewa rumah pertama

Terdapat beberapa risiko yang akan anda hadapi apabila menyewa rumah pertama jika tiada rancangan yang betul dan tepat. Menyewa rumah pertama memerlukan komitmen jangka panjang. Ia juga boleh menjadi beban kepada anda dari segi kewangan apabila tiada sesiap dapat membantu. Gaji bulanan anda adalah umpama bumbung di atas kepala anda.

Oleh itu, ia sangatlah penting untuk anda merancang dengan teliti dengan minda yang tidak terganggu apabila mencari rumah pertama.

Terdapat 6 perkara yang anda perlu tahu sebelum menyewa rumah pertama.

1. Kehendak dan Keperluan Anda

menyewa rumah pertama

Anda harus tanya dan bersikap jujur dengan diri sendiri, adakah betul perkara yang anda ingin itu adalah kehendak atau keperluan. Keperluan yang anda perlu pertimbangkan dahulu sebelum kehendak. Sebagai contoh, jika anda tidak memandu, anda sepatutnya memilih rumah yang berdekatan dengan tempat kerja atau berdekatan dengan pengangkutan awam supaya ia memudahkan anda untuk ke kerja.

Anda perlu senaraikan dan asingkan perkara yang anda perlu dan hendak. Sekiranya anda ada kewangan untuk memenuhi kehendak anda, lalu teruskan tetapi ini membawa kita ke topik seterusnya.

2. Perbelanjaan

menyewa rumah pertama

Senaraikan kesemua perbelanjaan bulanan semasa anda seperti perbelanjaan harian,makanan, bil kad kredit, insurans, bil telefon, bayaran pinjaman kereta dan sebagainya. Setelah anda senarai dan menentukan berapa banyak wang yang anda belanjakan setiap bulan, selebihnya adalah jumlah yang harus anda belanjakan untuk menyewa rumah anda.

Kira-kira 25-30% daripada pendapatan anda adalah kos yang boleh gunakan untuk menyewa rumah. Oleh itu, peratus tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar keperluan dan kehendak harian.

3. Simpanan

menyewa rumah pertama

Walaupun anda mempunyai wang tunai yang cukup untuk membayar sewa bulanan, and perlu mempertimbangkan bayaran tambahan seperti bil elektrik, air dan internet. Sesetengah tuan tanah menyediakan kesemua perkhidmatan ini tetapi anda perlu bersiap sedia jika berlaku sebarang kemungkinan yang tak diingini.

4. Pemeriksaan Rumah

menyewa rumah pertama

Setelah selesai masalah pengewangan dan anda mempunyai jumlah yang selesa untuk menyewa, sudah tiba masanya untuk mencari rumah yang sesuai dengan anda. Anda perlu memeriksan dan melawat rumah yang anda inginkan sebelum membuat keputusan terakhir.

Pastikan rumah yang anda pilih memenuhi sebahagian besar perkara yang ada di dalam senarai “keperluan” anda. Jangan sesekali menyewa rumah sebelum mengunjungi tempat tersebut.

5. Tempoh Pajakan

menyewa rumah pertama

Ia akan memudahkan anda sekiranya anda mempunyai jangka masa sewa yang telah ditentukan yang membolehkan anda merancang kewangan anda. Namun, pastikan terdapat pilihan untuk memperbaharui setelah pajakan berakhir.

Selain itu, berunding untuk memasukkan ‘Klausa Diplomatik’ sekiranya anda perlu menamatkan pajakan secara tiba-tiba dan juga menandatangani Perjanjian Penyewaan. Ini akan membantu anda dalam melindungi dari pengusiran secara tiba-tiba sekiranya tuan tanah menjual harta itu kepada orang lain semasa tempoh anda disitu.

menyewa rumah pertama
RentGuard Rental Collection – Free up your time

Peraturan mungkin berbeza disetiap negeri di mana-mana anda berada, jadi disarankan untuk mendapatkan bantuan dari ejen harta tanah yang disahkan. Walau bagaimanapun, untuk nombor 1-3, melibatkan diri anda sendiri dan anda harus benar-benar yakin bahawa anda dapat menyewa rumah untuk jangka masa yang panjang.

Menyewa rumah pertama amatlah mengujakan tetapi and perlu ambil masa yang lama untuk merancang dan jangan terburu-buru membuat pilihan.

6. Berwaspada terhadap Penipuan Sewa

menyewa rumah pertama

Ia sangatlah penting agar anda sentiasa berwaspada dalam setiap langkah terutama apabila ia kali pertama anda menyewa. Ambil kisah tentang perkara yang ada rasa salah walaupun perkara itu hanyalah kecil yang mudah diabaikan. Jangan sesekali memindahkan jumlah wang yang sangat besar  kepada seseorang.

90% reader will continue read:
https://www.rentguard.com.my/blog/?p=4600

Source : RentGuard.com

(Visited 18 times, 1 visits today)